Sunday 20 January 2013

Eksperimen!

EKSPERIMEN ialah SUATU PEMBUKTIAN. Kita takkan pasti sesuatu itu betul atau tidak selagi kita tidak melaksanakannya sendiri (cth seperti seseorang takkan tau bahawa jatuh itu betul2 sakit selagi dia sendiri tidak jatuh walaupun ramai orang akan kata jatuh itu sakit). Selagi suatu perkara itu masih belum dibuktikan, ia masih dipanggil suatu HIPOTESIS. Eksperimen mesti dilakukan mengikut langkah2 yang tertentu. Ini bagi memastikan eksperimen itu betul2 BERJAYA. 

1. Menyatakan masalah (perkara) yang hendak dikaji.
2. Menyatakan faktor-faktor yang terlibat. MV, RV, CV
3. Membuat ramalan (hipotesis) mengenai hasil eksperimen
4. Merancang bagaimana eksperimen akan dijalankan
5. Melaksanakan eksperimen mengikut perancangan.
6. Membuat pemerhatian dan merekod data2 yang diperolehi
7. Membuat analisis (penerangan) mengenai data2 yang telah diperolehi
8. Membuat kesimpulan berdasarkan hasil yang diperolehi (sama ada menyokong hipotesis atau tidak)
9. Membuat laporan.

No comments:

Post a Comment