Monday 27 June 2011

PeNamBAhBaiKKan..

Dah lama aku merancang untuk menambahbaik teknik pengajaran aku..semuanya bagi memastikan bahawa anak murid aku dapat the best..n semoga segala usaha yang aku lakukan dapat mempertingkatkan pengetahuan pelajar dalam Bahasa Inggeris..

Antara teknik yang aku baru lakukan (walaupun sepatutnya telah lama dilaksanakan tp tak berkesempatan) ialah:

1. Menjalankan Words Of The Day (5 - 10 perkataan setiap hari)
2. Extra class .. yang bakal aku lakukan setiap Isnin dan Selasa nanti..(sekarang bz ngan persiapan hari sukan
3. Mempertingkatkan teknik ROLE PLAY
4. Mengenalpasti yang mempunyai potensi dan berikan lebih penumpuan..
5. Membahagikan kepada kumpulan..untuk memastikan berjayanya STUDENT CENTERED LEARNING..
6. Reward kepada yang dapat excellent..
7. ABM (Alat bantuan mengajar) yang baru..

Thursday 16 June 2011

BuKu LaTiHan

Hari nie rasa macam rancangan untuk membawa anak2 murid aku maju berjaya bila aku dah berjaya dengan mengajar dengan menggunakan buku latihan yang aku mintak pelajar beli (aku tolong belikan). Walaupun so far baru terlaksana untuk satu kelas baru.



Bagi aku, buku latihan mmg penting. Walaupun buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia jugak sama2 penting. Kena pandai gunakan dua2. Teknik ini hopefully akan menjayakan matlamat aku seterusnya sebb matlamat pertama untuk semua pelajar lulus dah tercapai untuk beberapa kelas~

Sunday 12 June 2011

PerMuLaan PenGGaL Ke-2

Cuti Sekolah dah abis..tak banyak pun yang aku dapat buat..most of the time baca buku (selain buku pelajaran) untuk tambahkan ilmu..tapi kebanyakan masa aku aku gunakan untuk plan style pengajaran yang baru bila naik penggal nanti..mmg sakit kepala..sib baik ada memember yang sanggup lepak sesama..ilang sket sakit kepala time tu..pastu sakit balik..sebab kepala aku tak leh berenti berfikir selain daripada macammana nak pertingkatkan PNP aku..

Barang2 kelengkapan sekolah dah aku beli..lebih RM150..huhu..hopefully aku akan lebih prepare untuk penggal nie..

pencil case seorang cikgu~


Matlamat aku sekarang ialah untuk push anak murid aku beli buku latihan..there is no way better to study then do a lot of practice..hopefully plan aku yang pertama nie tercapai~

Friday 27 May 2011

CuTi SeKoLah

Akhirnya cuti sekolah dah tiba..aku nak guna kan masa yang ada nie utk merehatkan kepala,merancang teknik pengajaran yang baru, dan spend masa dgn Aliyah..

Bagi aku cuti adalah masa untuk cikgu n jugak murid releks.."SETELAH PENAT BELAJAR!". bukan untuk murid yang kononnya nak bercuti sbb penat belajar padahal bukan belajar pun..kerja rumah yang aku bagi pun tak der nyer nak siapkan kat umah..pagi2 buat kat skolah ada lah!

Minggu depan plak ada program kat skolah..TEKNIK MENJAWAB PMR DAN SPM. Sib baik aku tak terlibat..huhu..bukan tak nak terlibat,lagi bagus kalau aku terlihat..bagus untuk karier aku..tapi cubalah korang bayangkan,aku cuma cikgu kontrak..takder Cuti Rehat Khas macam cikgu2 tetap..dah lah tu,tak dapat plak cuti seminggu untuk isteri yang baru bersalin..cuti ini lah saja yang aku dapat gunakan untuk rehat.

Apa2 pun,macam aku slalu kata..cara untuk bagi cikgu buat kerja dengan ikhlas ialah dengan jangan paksa dier buat kerja..sumer orang tak suka kena paksa..=)

Monday 23 May 2011

GuRu DaN KeRJa

Baru-baru nie sekolah aku membuat satu meeting (tapi aku tak terlibat)..rupa2nya meeting untuk merancang program-program untuk sekolah..program di bawah guru Kauns...rupanya ada yang tak berpuas hati..luahan mereka ialah program itu di bawah guru kauns,kenapa yang mereka kena buat..

Aku takder lah banyak komen pasal program2 yang dia buat..bagi aku,kalau dier bagi aku aku laksanakan ajer..tapi aku adalah beberapa pendapat.

Pertama: Program yang banyak tak semestinya bagus..Lebih baik membuat program2 yang sedikit tapi guru2 yang lain dapat memberi fokus sepenuhnya dan buat dengan hati yang ikhlas..bila tak ikhlas program jugak yang rosak..betul tak..

Kedua: Walaupun aku tahu bahawa cuti sekolah guru adalah di bawah kuasa Pengetua (kecuali Cuti Rehat Khas) di mana Pengetua berhak memanggil guru semasa cuti untuk program, tapi fikirkan lah guru2 yang kampungnya jauh nun di Pantai Timur sana,dan di nun Utara sana..balik kampung dah lah jarang sekali..bila dapat cuti kena lah plak buat program..

Guru juga manusia biasa..macam aku,aku pun ada limit..ada masanya kepala aku pening sangat..boleh jadi migrain..dan mungkin jugak giler..tekanan..sebagai Kauns kena lah pertimbangkan benda nie betul tak..lagipun dalam bidang dia benda2 nasihat2 dan bagi orang sihat nie..

N btw,no offence k..just menyampaikan apa yang orang lain rasakan..dan pendapat sendiri..setiap orang berhak memberi pendapat..betul tak..

Thursday 19 May 2011

GuRu DaN PaKaiAn

Hari ini aku ditegur lagi pasal pemakaian aku...isu yang tiap2 tahun kompem kena lah..isunya ialah "SONGKOK"..haha..



"Zubir,mana songkok?" kata seorang cikgu kat sekolah aku
"Tertinggal lah..huhu" jawab aku mengelak untuk menjawab yang aku tak bawak songkok

Haha..aku pun tak paham kenapa songkok boleh jadi isu..punyalah smart aku pakai baju melayu lengkap bersampin..tidak pulak ditegurnya..malahan ada jer yang tak pakai baju melayu langsung..dan ada jugak yang pakai baju melayu ajer dengan seluar slack..pun tak bersongkok..dan ada jer yang pakai kopiah lagi..ops..no offence..

Ini membuat aku merujuk balik peraturan pemakaian.





Tak der lah pulak aku tgk kat situ dier nyatakan perkataan SONGKOK..dier hanya menekankan soal SAMPIN..aku pakai sampin apa..dengan baju melayu lengkap..nie yang potong semangat aku nak pakai baju melayu lagi tahun nie nie..aduhai~

Wednesday 18 May 2011

HaRi SukAn TaDIka ImAn~

Minggu lepas hujung minggu aku spend kan hujung minggu aku utk melihat hari sukan tadika anak aku..byk jugak pingat dia dapat (walaupun tak adil 6thn lawan 5tahun ngan 4thn kan..mmglah menang..haha)..tapi apa pun semangat sukan tu yang kita nak..


Balqis Qistina dan Aisyah Balqis (yang kanan anak aku)

memikirkan strategi..hebat tak (sama macam walid(abah) dia..huhu)




najib yang slalu jadi topik perbualan kat umah..dia suka najib tapi najib suka balqis qistina~ isk3

Zon Rehat..haha~

geng dua orang sama nama nie mesti sama eh slalu~
apa2 pun aku tak dapat tunggu sampai penyampaian hadiah sbb kena gi ngajar kat tusyen..adoiyai~ takper2..semua acara dah abis pun bila aku pergi tu..

Tuesday 17 May 2011

Hari ini dan seterusnya..

hari ini bermula minggu peperiksaan untuk menengah rendah..bebanan kerja untuk minggu ini mungkin berkurang sedikit..tapi bebanan kat dalam hati aku nie susah nak cakap..setelah apa yang berlaku pada hari guru yang lepas aku rasa agak sedih sangat..mungkin aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada murid2 di sekolah baru aku ini..aku rasakan yang aku sudahpun menjadi guru yang sporting dan disukai ramai..tapi bila aku terima hadiah dalam 10 ajer aku terkedu..sedih bertambah sebak..mungkin betul apa yang telah dikatakan oleh kawan aku..Mr.Jay..aku kena lihat balik hubungan aku dengan murid2 aku..mungkin aku terlebih buat seperti kawan?atau aku terlebih marah..aku pun tak tau yang mana satu alasan yang mungkin bagi persoalan itu..tapi apa2 pun ia tetap tidak akan mengurangkan usaha aku untuk memajukan anak bangsa aku..aku tidak akan berputus asa~